Saturday, 25 June 2016

Wang Haram vs Zakat (Suci & Berkat)

Takutlah kita apabila membaca firman Allah SWT,, "Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yg lain... Dgn jalan yg batil dan janganlah kamu membawa harta itu kpd hakim,,, supaya kamu memakan sebahagian harta benda org lain dgn dosa padahal kamu mengetahui..."

Wahai sahabtku yg dikasihi Allah SWT.. Pagi ni saya terbaca artikal,,,. Saja nk berkongsi sedikit dgn semua... Topiknya "Wang Haram.."

Dari kitab Sya'bul Imam disebutkan,,, "Barangsiapa yg membeli pakaian dgn harga sepuluh dirham di antaranya adalah wang haram,,, maka Allah SWT tidak akan menerima solatnya selama pakaian itu dikenakan..." (HR Ahmad)

Wang Haram ini dtg dari pelbagai sumber,,, iaitu boleh jadi perjudian, riba' (untung / dividen / interest dari pelaburan atau simpanan di bank konvensional), jual beli barangan yg haram, dan lain-lain.

Beberapa dalil menjelaskan jika menerima wang dari kegiatan haram, hukum penerimanya adalah Halal ke atas pemberian atau hadiah tadi asalkan si penerima tidak terbabit dgn urusan kegiatan haram tersebut.

Antara asas dlm hal ini di sebut dlm Al-Quran yg bermaksud: "Dan tiadalah kejahatan yg diusahakan oleh seseorang melainkan dialah yg menanggung dosanya,,, dan seseorang yg memikul tidak akan memikul dosa orang lain".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Untuk dia sedekah, untuk kita hadiah..." (HR Al Bukhari & Muslim) - Dalil ini menunjukkan kenyataan di mana baginda menerima pemberian wanita Yahudi, walaupum Yahudi terkenal dgn penipuan, riba' dan rasuah tetapi baginda tetap menerima hadiah mrk.

Dlm riwayat Al- Baihaqi, seseorang bertanya Ibn Umar bahawa beliau ada jiran yg memakan riba' atau mempunyai pekerjaan haram, kdg-2 dia jemput makan,,, bolehkah hadir?? Jwb Ibn Umar: "Ya" (Al Sunan al Kubra, bil: 11138)

Hukum Nafkah yg diterima oleh isteri dan anak dari suami yg terlibat dgn aktiviti wang haram,,,apakah mrk blh menerimanya? Jawab Al Sheikh Al Allamah Muhammad Solih ibn Al Uthaimin r.h: "Ambillah nafkah dri bapa kamu... Kamu mendapat kenikmatan,,dia pula mendapat dosa.. Ini krn kamu mendapat nafkah secara berhak. Sekalipum kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu jgnlah kamu gusar...."

Dari Yusuf Al Qadrawi ke mana wang sumber yg haram patut disalurkan:
"Sebenarnya wang tersebut Haram jika nisbah kpd org yg mendapatkan secara tidak Halal,, tetapi ia adalah Halal utk Fakir Miskin, Anak Yatim, Org yg terputus perjalanan,, Institusi-2 kebajikan Islam,, dakwah dan kemasyarakatan..." (Al Fatwa Al Mu'asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).

Maka Fakir Miskin yg memdapat bantuan pihak lain dri sumber yg asalnya Haram mereka Halal menerimanya dan tidak perlu dikembalikan.... Dgn syarat, mereka TIDAK TERLIBAT secara langsung dlm mempromosikan aktiviti Haram tersebut.

Sesungguhnya... Allah SWT Lebih Maha Mengetahui! Jom, Sucikan Jiwa, Bersihkan Harta, Supaya Barakohhh dgn Membayar Zakat! Hubungi 014-5089938 Pegawai Zakat di Selangor utk Warga Selangorian!... Semuge Allah SWT membuka pintu rejeki yg lebih berganda-ganda buat pembayar Zakat... Aamiin~~ 😎

RASUAH ADALAH DOSA BESAR


Oktober 21, 2013
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Rasuah (dalam bahasa Arab disebut risywah) adalah pemberian sesuatu dengan tujuan membatalkan suatu yang haq atau untuk membenarkan suatu yang batil. (Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah)

Dapat disimpulkan, ia adalah apa saja pemberian kepada seseorang untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya atau untuk mengelakkan suatu kerugian yang sepatutnya terjadi kepadanya.

Hukum memberi atau menerima rasuah adalah haram, ia merupakan dosa besar kerana pelakunya dilaknat oleh Allah SWT dan RasulNya SAW. Dari Abdullah bin ‘Amr dia berkata: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (Hasan Sahih. Riwayat Al-Tirmidzi)

Pemberi dan penerima rasuah berhak mendapat kemurkaan Allah dan dijauhkan dari rahmat Allah SWT kerana mereka telah melakukan suatu perbuatan yang batil dan mengambil sesuatu yang bukan hak mereka.

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran menceritakan tentang orang-orang Yahudi, “Mereka adalah orang-orang yang Allah sudah tidak berkehendak mensucikan hati mereka, bagi mereka kehinaan di dunia dan azab yang pedih di Akhirat. Mereka gemar mendengar berita bohong dan gemar memakan Al-Suht (yang haram).” (Surah Al-Maidah: 41-42)

Dalam menafsirkan ayat ini, Umar Al-Khatthab, Ibn Mas’ud ra. dan selainnya mengatakan yang dimaksud dengan As-Suhtu (suatu yang haram) adalah rasuah. (Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurthubi)

Ibnu Mas’ud ra. mengatakan, “Rasuah bagi menetapkan hukum (bagi pemerintah atau hakim) adalah kekufuran, adapun bagi masyarakat adalah Al-Suht (haram).” (Al-Tabarani, Mu’jam Al-Kabir)

Namun tidak kurang ramai di kalangan masyarakat yang terlibat dengan rasuah yang kadangkala tanpa mereka sedari, boleh jadi kerana istilahnya telah diubah kepada hadiah dan sebagainya. Hal ini terjadi baik untuk mendapatkan jawatan atau pekerjaan, tender, untuk memasukkan anak ke sekolah atau universiti, atau untuk mencapai tujuan dunia yang lain. Ini adalah kezaliman kerana mengambil sesuatu yang mungkin sepatutnya adalah hak orang lain.

Hadiah-hadiah yang kita berikan kepada hakim atau pemerintah, juga termasuk dalam kategori rasuah yang diharamkan, walaupun ia dilakukan untuk mendapatkan hak kita kembali. Walaupun terjadi khilaf di mana ada ulama membolehkan memberi pemberian untuk mendapatkan hak, namun pendapat ini dibantah oleh sebahagian ulama yang lain.

Ini kerana jika kita memberi wang kepada hakim kerana kita di pihak yang dizalimi, kita sebenarnya membantunya dalam kezaliman yang dia lakukan, dan menggalakkannya untuk mengulangi lagi kezaliman itu pada masa akan datang. Kerana itu dalam banyak hal yang membabitkan kezaliman pemerintah, Islam banyak menyuruh supaya kita bersabar.

Ini merangkumi petugas-petugas yang mewakili pemerintah seperti polis dan sebagainya, janganlah kita memberi hadiah atau wang kepada mereka untuk melepaskan diri dari hukuman, atau untuk meringankan hukuman. Walaupun namanya diubah kepada hadiah, tetapi hakikatnya ia adalah rasuah yang haram dan mendapat laknat Allah dan RasulNya, maka jangan sesekali kita terlibat di dalamnya.

Para hakim, petugas, pemerintah juga jangan menerima sebarang bentuk hadiah, ini termasuk ghulul yang diancam dengan ancaman yang berat. Sabda Nabi, “Barangsiapa yang kami tugaskan dengan suatu pekerjaan lalu kami tetapkan gaji untuknya, maka apa yang dia ambil di luar itu adalah harta ghulul” (Sahih. Abu Daud). Ini adalah bagi mengelakkan kezaliman, di mana orang berharta terlepas dari hukum dengan membayar wang, manakala orang yang tidak berharta tidak bebas dari hukuman.

Takutlah kita apabila membaca firman Allah, “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa harta itu kepada hakim, supaya kamu memakan sebahagian harta benda orang lain dengan dosa padahal kamu mengetahui.” (Al-Baqarah: 188)

Imam Al-Qurthubi berkata, “Barangsiapa mengambil harta orang lain bukan dengan cara yang dibenarkan syariat maka dia telah memakannya dengan cara yang batil. Di antara bentuk memakan dengan cara batil adalah seorang hakim yang memenangkan kamu sedangkan kamu tahu bahawa kamu salah. Sesuatu yang haram tidak berubah menjadi halal dengan keputusan hakim.” (Al-Jami’ Li Ahkam Al-Qur’an)

Disiarkan di akhbar pada Ahad, 20 Oktober 2013

Monday, 20 June 2016

BALASAN ORANG YANG TIDAK MEMBAYAR ZAKAT!

“Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Barangsiapa diberi harta oleh Allah, lalu dia tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat hartanya dijadikan untuknya menjadi seekor ular jantan aqra’ (yang kulit kepalanya rontok kerana dikepalanya terkumpul banyak racun), yang berbisa dua sudut mulutnya. Ular itu dikalungkan (di lehernya) pada hari kiamat. Ular itu memegang [1] dengan kedua sudut mulutnya, lalu ular itu berkata,’Saya adalah hartamu, saya adalah simpananmu’. Kemudian beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca,’Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil menyangka … Al ayat’.” [HR Bukhari no. 1403]

Sumber: https://almanhaj.or.id/2653-ancaman-meninggalkan-zakat.html

KIRAAN DAN BAYARAN ZAKAT PERNIAGAAN DI SELANGOR

Rasulullah SAW menyentuh tentang golongan peniaga dgn sabda Baginda:
"Peniaga yg jujur dan amanah akan berada bersama para nabi, para siddiqin (orang-2 yang jujur) serta para syuhada..." (Riwayat Tarmizi dan Al-Hakim).

Zakat perniagaan ialah Zakat yg dikenakan ke atas barang-2 yg diperniagakan bagi mendapat keuntungan. Barang-2 yg diperniagakan ini merangkumi pelbagai jenis barangan sama ada barangan fizikal mahupun tidak fizikal, seperti caz perkhidmatan dan sewaan.

Barang-2 perniagaan ini termasuklah hasil pembekal, pertanian, perlombongan, haiwan ternakan, emas, perak, perkilangan, perkapalan dan seumpamanya. Zakat dikenakan ke atas semua bentuk perniagaan sama ada persendirian, koperasi, perniagaan saham dan lain-2. Zakat perniagaan juga dikenakan ke atas peniaga kecil mahupun besar.

Syarat-syarat asas Wajib Zakat iaitu:
●Islam
●Merdeka
●Sempurna Milik
●Cukup Nisab (Di Selangor, Kadar Nisab ialah bagi 85g Emas)
●Cukup Haul
●Harta itu Memang Telah Diniatkan utk Tujuan Perniagaan bukan untuk Kegunaan Peribadi
●Perniagaan Yg Dijalankan Mestilah Halal di Sisi Syariat Islam.

Kadar Zakat yg perlu dikeluarkan bagi harta perniagaan adalah 2.5% sahaja.

Formula: Keuntungan + Modal Semasa - Hutang kepada orang + Hutang daripada orang lain - Kos Utiliti dan lain-2 X 2.5% = ZAKAT

Terdapat DUA bentuk model bagi mengira Zakat Perniagaan iaitu:

■Kaedah (a): KAEDAH MODEL BERKEMBANG

ZAKAT PERNIAGAAN = EKUITI PEMILIK + LIABILITI JANGKA PANJANG - ASET TETAP - ASET BUKAN SEMASA +/- PELARASAN

■Kaedah (b): KAEDAH MODEL MODAL KERJA

ZAKAT PERNIAGAAN = ASET SEMASA - LIABILITI SEMASA +/- PELARASAN

Hubungi 014-5089938, Cik Ann utk pencerahan lanjut. Terima Kasih ya!

WASIAT (AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD)

TUJUAN PENULISAN WASIAT:

Melantik 2 orang Pentadbir Harta
Melantik Penjaga Harta untuk waris-waris di bawah umur
Melangsaikan hutang-hutang
Pembahagian 1/3 harta pada bukan waris faraid
Mempercepatkan Proses Perundangan (Probate & Sijil Faraid)
Pembahagian Harta kepada waris samada - SAMARATA / MENGIKUT FARAID atau mengikut apa yang dihasratkan
Menyampaikan pesanan terakhir

Pertanyaan lebih lanjut, hubungi:

014-508 9938, Ann Qistina

Saturday, 18 June 2016

Apa Hukum Agih Wang Zakat Sendiri?


Terdapat segelintir golongan yang mengaku muslim berkempen agar bayar Zakat terus kepada Asnaf. Perbuatan tersebut seolah-olah membayangkan ajaran Islam tidak sempurna dan kurang lengkap.
Betulkah ajaran Islam tidak sempurna termasuk pengurusan Zakat dan pengagihannya kepada Asnaf? Sehingga tergamak menyuruh bayar Zakat terus kepada Asnaf. Adakah Allah SWT dan Nabi SAW ‘terlupa’ atau ‘lalai’ mengajarkan tentang bagaimana menguruskan wang Zakat dalam Al-Quran mahupun Al-Hadis?
Sedangkan Rasulullah SAW telah bersabda(maksudnya):“Tidak tertinggal sedikitpun yang mendekatkan kamu dari syurga dan menjauhkanmu dari neraka melainkan telah dijelaskan bagimu ” (Hadis Riwayat At-Thabraani dalam Al Mu’jamul Kabiir no. 1647)
Orang Beriman Tidak ada Hak Memilih Kehendak Sendiri.
Firman Allah SWT yang bermaksud:“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (Al Ahzab : 36)
Pengurusan Zakat pula bagaimana? Sesungguhnya sangat terang dan jelas, Allah SWT telah menetapkan bahawa Amil yang menguruskan Zakat sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:”.. dan amil-amil yang mengurusnya(Zakat)..”(Surah At-Taubah,ayat 60).
Dan Sabda Nabi SAW lagi (maksudnya):"Akan datang kepada kamu Amil yang tidak kamu sukai iaitu para amil zakat, maka jika mereka datang kepadamu sambutlah dengan baik, dan serahkanlah kepada mereka apa yang diminta, maka apabila mereka berbuat adil mereka akan mendapatkan pahalanya, dan apabila mereka berbuat zalim maka celakalah mereka, dan buatlah mereka redha kerana sesungguhnya kesempurnaan zakatmu adalah ada pada keredhaan mereka dan agar supaya mereka mendoakanmu."[HR.Abu Daud].
Dari Anas bin Malik r,a. katanya:Seorang daripada Bani Tamim datang mengadap Rasulullah SAW,lalu meminta penjelasan, Katanya:”Ya!,Rasulullah, cukupkah apabila saya membayar zakat kepada utusan tuan(Amil) maka dengan yang demikian terlepaslah tanggungan saya di sisi hukum Allah dan Rasul-Nya, mengenai zakat saya itu?” Maka jawab Rasulullah SAW.:” Ya(benar), apabila engkau membayar kepada utusanku(Amil) maka terlepaslah tanggunganmu mengenainya, selain itu engkau mendapat pahalanya, dan (kalau ada pemungut zakat) yang menyelewengkannya maka dialah yang menanggung dosanya”. (Hadis Riwayat Muslim]
Disebutkan oleh Sa’id Ibn Mansyur daripada Suhail r.a, bahawa: “Telah berkumpul padaku nafkah, yang padanya ada Zakat, yakni telah sampai Nisab Zakat, maka aku bertanya kepada Sa’ad bin Abu Waqas, Ibn Umar, Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah, kataku: Apakah aku (patut) membahagikannya (sendiri) atau aku berikan kepada pemerintah(Amil)? Semua mereka menyuruh aku memberikan kepada pemerintah(Amil). Seorang pun tidak ada antara mereka yang menyuruh aku membahagikannya sendiri.” (Disebutkan di dalam Kitab al-Majmu’)
Pemerintah Kutip Zakat:
Allah SWT perintahkan agar Zakat dikutip atau diambil oleh pihak berkuasa( pemerintah), Firman Allah SWT (maksudnya):’’Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (Zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."(Al-Taubah : Ayat 103)
Dalam usaha merealisaikan perintah Allah SWT di dalam ayat 103 tersebut, Nabi Muhammad SAW turut mewakilkan urusan kutipan Zakat kepada para sahabat Baginda, iaitu para amiliin. Antara sahabat Nabi SAW yang terkenal sebagai Amil Zakat ialah Muadz bin Jabal, Umar Ibnul Lutbiah, Rawahah bin Abdullah al-Ansari dan Ubadah bin Somit (rujuk Yusuf al-Qaradawi, Institusi zakat: Peranan dan tanggungjawab, hal. 47-49).
Kepada mereka ini, Rasulullah SAW memberikan perincian tentang tugasan amil, seperti mana Nabi SAW pernah mengungkapkan kepada Muadz: “Ajaklah mereka kepada Syahadah (persaksian) tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah & bahwa aku adalah utusan Allah. Jika mereka telah mentaatinya, maka beritahukanlah bahawa Allah mewajibkan atas mereka Solat lima waktu sehari semalam. Dan jika mereka telah mentaatinya, maka beritahukanlah bahwa Allah telah mewajibkan atas mereka sadaqah (Zakat) dari harta mereka yang diambil dari orang-orang kaya mereka & diberikan kepada orang-orang faqir mereka.” (Hadis Riwayat Bukhari )
Dalam hadis tersebut, Nabi SAW memerintahkan Muaz bin Jabal mengutip Zakat daripada orang kaya kemudiannya diagihkan kepada Asnaf. Nabi SAW tidak menyuruh Muaz berkempen kepada umat Islam supaya mereka sendiri agihkan Zakat terus kepada Asnaf.
Inilah kaedah yang telah diajarkan oleh Baginda SAW. Maka sewajarnya kita sebagai muslim hendak mengikut kaedah yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (QS Al-Ahzab:21)
Dan Ikutlah ajaran Islam, Jangan Ikut ajaran orang lain, Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa". (Al-An'aam: 153).
Dr. Yusuf al-Qaradawi di dalam kitabnya Hukum Zakat secara terang-terangan telah menukilkan, bahawa adalah menjadi kewajipan bagi pemerintah menugaskan para pemungut Zakat(Amil), yakni sesuai dengan saranan sunnah dan mestilah menepati dengan segala kriteria yang telah pun ditetapkan oleh syarak.
Kesimpulannya, Zakat sama ada urusan kutipan dan agihannya, adalah sebahagian daripada urusan pemerintahan.
"Lakukanlah semua urusan itu sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW dan para khalifah selepas baginda...orang yang memulakan satu tradisi yang buruk, maka dia berdosa dan ditimpakan pula dosa ke atasnya bagi orang-orang yang mengikuti perbuatannya, tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun". (rujuk Yusuf al-Qaradawi, Institusi zakat: Peranan dan tanggungjawab, hal. 52).

SUDAHKAH ANDA MEMBAYAR ZAKAT?


Zakat adalah harta yang wajib dikeluarkan apabila telah memenuhi syarat – syarat yang telah ditentukan oleh agama, dan disalurkan kepada orang–orang yang telah ditentukan pula, iaitu lapan golongan yang berhak menerima zakat sebagaimana yang tercantum dalam Al-Qur’an surah At-Taubah ayat 60 :

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yg sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana .”

Di dalam pendapatan kita terdapat 2.5% bersamaan dgn 1/40 bahagian adalah bukan kepunyaan kita, harta itu perlulah di Zakat kan supaya selebihnya harta yg tinggal 97.5% akan lebih suci dan berkat. Baki itulah yg kita boleh belanjakan untuk keperluan diri dan keluarga serta lain-lain keperluan. Kenapa perlu Zakat? Kerana untuk mendapat keberkatan rejeki dari Allah SWT. Berkat bermaksud rejeki yg sikit itu cukup, yg banyak itu boleh di bahagikan dan bagi rejeki yg tidak berkat pula walaupun banyak tak cukup, yg sikit lagi lah tak cukup ibarat air laut yg di minum semakin byk semakin haus.

Dalam Surah Al-Munafiqun Ayat 10 yg bermaksud: "Wahai Tuhanku, alangkah baiknya sekiranya Engkau melambatkan ajalku ke suatu masa sedikit sahaja lagi, supaya aq boleh bersedekah.."
Maknanya, mayat yg di dalam kubur jika diberi peluang utk membuat 1 amalan, dia akan memilih utk bersedekah (Zakat) kerana manfaat pahala bersedekah ini akan membiak dan berganda-ganda.

Satu kebaikan bersedekah, Allah SWT akan membalas dgn 10x ganda kebaikan @ pahala sehingga 700x gandaan dan boleh jadi sehingga berganda-ganda lagi. Jadi ajaibnya sedekah, semakin banyak bersedekah semakin kaya. Bukan papa bukan kedana. Semakin byk kita belanja ke jalan Allah semakin byk Allah gantikan dgn balasan nikmat. Sesungguhnya Allah SWT Lebih Maha Mengetahui.

Hubungi 014-5089938, Pegawai Zakat di Selangor. Tunaikan Kewajipan Anda. Ayuh Berzakatlah.


Tuesday, 14 June 2016

MAJIKAN YANG BELUM BUAT BAYARAN ZAKAT DI SELANGOR

Assalamualaikum...


Assalamualaikum...
Untuk makluman semua, saya ingin berkongsi sedikit info berkenaan dengan Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan dan sebagainya. Sekiranya saudara / saudari di sini mungkin ada yang bekerja di bahagian HR dalam Selangor ini atau mungkin pihak individu yang belum pernah bayar Zakat, boleh atau tidak sekiranya saudara / saudari tinggalkan nama company di mana saudara / saudari bekerja. Tujuannya adalah untuk mengadakan taklimat berkenaan Zakat supaya ilmu Zakat ini dapat dikongsikan bersama-sama. Sedekah (Zakat) ini merupakan satu ibadah yg wajib ditunaikan bagi setiap Muslim apabila cukup syarat-2 tertentu. Kadar nisab di Selangor adalah RM12,680 ini bermaksud sekiranya jumlah pendapatan serta perniagaan saudara / saudari melebihi kadar nisab tersebut sudah di wajibkan membayar Zakat.  
Banyak manfaat yg akan kita terima terutama apabila kita perbanyakkan bersedekah. Salah satu daripadanya, mendapat pengecualian daripada Potongan Cukai Berjadual (Income tax) setiap bulan. Sedekah Zakat juga merupakan Rukun Islam yg ke-3. Sedekah ini terbahagi kepada dua. Sedekah Wajib (Zakat) dan sedekah Sunat ( Senyum, Infak, Wakaf dll). Kerana apabila kita meninggal dunia maka akan terputus semua bekalan amalan kecuali 3 perkara iaitu doa anak soleh, ilmu yg bermanfaat dan sedekah amal jariah. Pahala bersedekah inilah yg akan menyusuri kita sehingga ke liang lahat. 1 kebaikan bersedekah, Allah akan menggantikan dgn 10 kebaikan yg lain dan boleh jadi berganda sehingga 700x ganda kebaikan dan berlipat kali ganda lagi kenikmatan yg Allah beri. Pahala sedekah ini akan bermanfaat kepada seseorang yg mengerjakannya. Jadi sudah tentulah akan berasa kerugian seseorang itu sekiranya ketika hayatnya tidak bersedekah. Ayuh Zakat! Sementara masih berpeluang....
Hubungi 014-5089938.....cik Anne, Zakat Officer.
 

Pujangga Zakat

"Lindungi harta kamu dgn Zakat,,,ubati sakitmu dgn Sedekah,,,dan hadapi gelombang hidup dgn Tawadhuk kpd Allah & Doa..." -Hadis Riwayat Al-Baihaqi

"Sucikan Jiwa, Kayalah dgn BerZakat"
2.5% atau 1/40 drp harta yg awak miliki ada juga hak / bahagiannya utk org lain!?...Yaiyaaa itu adalah hak utk Asnaf Fakir Miskin.


Warga Selangor nak tau info lanjut berkenaan "Zakat Pendapatan Bulanan" boleh hubungi 014-5089938...





Terima Kasih,, Sahabat Muslim yg sudah menunaikan tanggungjawab awak utk BerZakat...Warga Asnaf Fakir Miskin amat menghargai bantuan yg diberikan,,& kami Amil dari Pusat Zakat sentiasa mendoakan kesejahteraan / kebahagiaan awak sekalian...Aamiinnn~


INI WAKTUNYA ANDA BERZAKAT!

♡Yg anda perlu tahu tentang Zakat Pendapatan♡

•Formula 2.5% drp Jumlah Pendapatan kita adalah hak milik org lain...maka haruslah diasingkan harta tersebut.
•LZS kini menyediakan kemudahan bayaran Zakat melalui potongan gaji bulanan. (Individu mahupun majikan amat digalakkan membayar Zakat dgn cara ini)

Zakat ini...
(1) SUCI dan BERSIH - Allah mensucikan harta dan jiwa org yg berZakat
(2) BERKAH - Hartanya mahupum hidup org yg berZakat akan diberkati Allah
(3) BERTAMBAH - Org yg menunaikan Zakat, hartanya akan terus berkembang
(4) BERES - Org yg berZakat, hartanya akan selalu beres dan jauh dr masalah


"Zakat yg kita keluarkan tidak akan mengurangi harta kita, bahkan menambahkan harta kita berlipat kali ganda.." (Firman Allah dlm Surah Ar Rum ayat 39)

Dlm ayat ini juga Allah menegaskan bahawa RIBA' tidak akan pernah melipat gandakan harta manusia,,,yg sebenarnya dpt melipat gandakannya adalah dgn menunaikan ZAKAT.... ^_____^




Bantuan yang awak berikan kepada warga Asnaf Fakir & Miskin, bukan berkurangan, tetapi akan semakin bertambah....

Zakat Fitrah dan Zakat Harta

Jangan ada yg konfius...Zakat ini terbahagi kpd DUA. Kedua-duanya WAJIB ditunaikan ya!

ZAKAT FITRAH (Zakat anggota badan) maksudnya Zakat yg menampung kekurangan ketika di bulan Ramadhan...sebagai contoh sewaktu di bulan Ramadhan, kita berpuasa tetapi kita mencarut atau memaki atau mengumpat ker okay...jadi untuk menampung kekurangan puasa kita WAJIB bayar Zakat Fitrah. Sama seperti kita solat, tertinggal rukun solat...kita kene sujuh sahwi...

ZAKAT HARTA (terdapat anak-2 kecil di dalam nya) Seperti Zakat PENDAPATAN, Zakat BINATANG TERNAKAN, Zakat EMAS, Zakat TANAMAN, Zakat PERNIAGAAN ONLINE, PERAK dan sebagainya. Apa2 jenis harta yg milik kita sepenuhnya.

Pernah kah anda terfikir....org MUSLIM mengerjakan ibadah Haji...tetapi ZAKAT nye x pernah bayar...sedangkan kita merujuk pd RUKUN ISLAM, iaitu Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Solat 5 Waktu, Puasa di bln Ramadhan, ZAKAT dan pergi HAJI... yg mana dulu??...dlm Al-Quran juga ada menyatakan "DIRIKANLAH SOLAT, TUNAIKANLAH ZAKAT"...tetapi Haji x disebutkan...

Zakat Pendapatan melalui POTONG GAJI?
Sms: GAJI KASAR/STATUS/JANTINA kpd 014-5089938 Cik Ann-LZS..


SUDAH BACA....KONGSIKAN DEKAT WALL MASING2...supaya TEMAN2 facebook yg MUSLIM terutamanya dpt manfaat....JOM ZAKAT!... Terima Kasihhh yaaa~



Sedekah terbahagi kpd dua. Sedekah Wajib (Zakat) dan sedekah sunat (merujuk kpd infak, sedekah dan wakaf)....

Bayar Zakat Besar Ganjaran PAHALA di sisi Allah SWT

Sepintas lalu berkenaan ZAKAT~

Maksud Zakat: BERSIH, SUCI, BERTAMBAH & BERKAT


•Zakat di WAJIBKAN sejak thn 662 masihi (tahun kedua Hijrah)

•2.5% drp harta pendapatan kita adalah BUKAN milik kita tetapi milik Asnaf


•Zakat terbahagi kpd 2 jenis iaitu ZAKAT FITRAH (bln Ramadhan) dan ZAKAT HARTA (termasuk Zakat pendapatan, Zakat Emas, Zakat Binatang Ternakan, Zakat Perniagaan, Zakat Simpanan, Zakat KWSP dll..)


•Hukum ZAKAT: WAJIB bagi setiap Muslim dan merupakan ibadah seperti Solat, Puasa & Haji..


Kemudian, Zakat ini akan diagihkan kpd semua Asnaf. Golongan asnaf ni ada 8 kategorinya.,,

-Fakir
-Miskin
-Muallaf
-Amil
-Org yg berhutang tak mampu nk byr (Al-Gharimin)
-Hamba yg memerdekakan diri (Riqab)
-Org yg jihad ke jln Allah (Fi Sabilillah)
-Musafir yg terputus bekalan (Ibnu Sabil)


•Allah akan melipat kali gandakan 1 kebaikan yg kita buat, digantikan dgn 10x ganda sehingga 700x ganda dan berganda-2 lagi..... Bisnes awak juga akan berkembang lagi dan berganda keuntungan.... 

**Bayar Zakat juga awak dpt Special Rebat utk Income Tax?!..Sbg contoh: PCB sebulan awak RM300, Anda bayar Zakat RM250. PCB yg dikenakan hanyalah RM50 shj

Pihak Majikan yg berminat utk sesi taklimat berkenaan Bayaran Zakat Pendapatan Bulanan di Selangor (SKIM BERKAT) Boleh hubungi 014-5089938, Cik Anne.



SHARING IZ CARING

Pastikan sebelum anda membuat apa-2 bayaran ZAKAT adalah bukan dgn agen Zakat dari negeri lain selain Selangor, tetapi sah Zakat itu dan lebih afdhal sekiranya di bayar kpd AMIL (pemungut Zakat) yg dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS) shj..Jangan terpedaya dgn pihak individu atau perbadanan yg tak bertauliah!...😎

Di negeri Selangor, hanya Lembaga Zakat Selangor sahaja yg diberi kuasa serta kebenaran utk mengutip serta mengagihkan kutipan Zakat itu kpd Asnaf. 


Pesanan ringkas dari Cik Ann-LZS... 014-5089938

Zakat Pendapatan & Harta (SKIM BERKAT)

**BAYAR ZAKAT melalui POTONG GAJI**

•Gaji RM2,101.00 dan ke atas anda sudah WAJIB m'byr Zakat

•Bayaran Zakat serendah RM 8.00 (krn terdapat 8 golongan Asnaf)

•Terbuka kpd semua pekerja SWASTA, KERAJAAN, BADAN BERKANUN dan BISNES SENDIRI

•Permohonannya MUDAH shj..sms / what's App: GAJI KASAR, STATUS & JANTINA. Contohnya: RM3000, KAHWIN & LELAKI kpd 014-5089938 Cik ANNE...

•Hanya perlu isi Borang Kebenaran Potongan Gaji dari Lembaga Zakat Selangor, (tak perlu kad pengenalan atau slip gaji) - Borang boleh didapati dgn saya.

Jom Qada' Zakat anda skg sementara masih berpeluang..,,Niat kerana Allah dan membantu 8 golongan Asnaf yg memerlukan~~

SKIM BERKAT

SKIM BERKAT - Satu kemudahan untuk pembayaran Zakat melalui potongan gaji yg di sediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

(1) Syarat-2 Zakat terbahagi kpd 5 iaitu Islam.,, Merdeka.,, Sempurna milik.,, Cukup Nisab (di Selangor, RM12,680) dan Cukup Haul (genap setahun bekerja)... Apabila sudah cukup syarat-2 ni maka anda WAJIB utk berZakat yew!?.. 

(2) Kiraan Bayaran Zakat itu pula terbahagi kpd 2 kaedah...
Pertama, Jumlah gaji kasar X 2.5%. 
Contoh: (RM3000x2.5%=RM75) 

Kedua, Kaedah dgn Tolakan Had Kifayah..(maksudnya potongan secara taksiran)

Diri sendiri - RM10,750.00
Isteri           - RM2,800
Anak berumur 18 ke bawah - RM2,200

____________________________________________________________________________________________________________
Kepada org MUSLIM sekalian yg inginkan maklumat lanjut berkenaan SKIM BERKAT  boleh hubungi 014-5089938, Cik ANNE...atau bolih SMS.

MENGAPA HARUS ZAKAT & SEDEKAH?

Zakat hukumnya adalah WAJIB sebagai seorang Muslim. Sebagaimana firman Allah s.w.t... 
 
"Dirikanlah Solat,,,Tunaikanlah Zakat dan Taatlah kpd Rasul supaya kamu diberi Rahmat.." (An-Nur [24]:56)

Sekali lagi Allah meletakkan suruhan berzakat bersama dengan perintah sembahyang.  Jadi tidak syak lagi bahawa pensyariatan zakat adalah jelas.  Sesiapa yang melaksanakan sembahyang, maka tidak ada alasan untuknya mengelak dari mengeluarkan zakat.


Manfaat Zakat: 

(1) Membersihkan jiwa mereka dr sifat kikir, bakhil, kedekut, haloba dan tamak. Membersihkan harta yg kotor krn dlm harta mereka terdapat bahagian hak org lain yg harus dikeluarkan. Memberi Zakat dgn Ikhlas dpt menghindari dari seksa akhirat.
 
(2) Menghilangkan rasa dengki dan benci kpd org kaya yg tidak memerhatikan penderitaan terhadap org lain. Selain itu, dpt melahirkan rasa Syukur kpd Allah dan meringankan beban hidup serta menanam simpati kpd org lain.



"Zakat adalah sebahagian harta yg dikeluarkan dari jenis harta tertentu,,,dan diberikan kpd golongan2 asnaf mengikut syarat2 yg ditetapkan. Harta itu disebut Zakat krn ia membersihkan org yg mengeluarkannya dari Dosa, membuat hartanya Barakoh, dan bertambah BANYAK..."

Pertanyaan berkenaan CARA NAK BUAT BAYARAN ZAKAT boleh hubungi 014-5089938, cik ANN-LZS.