Rasulullah SAW menyentuh tentang golongan peniaga dgn sabda Baginda:
"Peniaga yg jujur dan amanah akan berada bersama para nabi, para siddiqin (orang-2 yang jujur) serta para syuhada..." (Riwayat Tarmizi dan Al-Hakim).
Zakat perniagaan ialah Zakat yg dikenakan ke atas barang-2 yg diperniagakan bagi mendapat keuntungan. Barang-2 yg diperniagakan ini merangkumi pelbagai jenis barangan sama ada barangan fizikal mahupun tidak fizikal, seperti caz perkhidmatan dan sewaan.
Barang-2 perniagaan ini termasuklah hasil pembekal, pertanian, perlombongan, haiwan ternakan, emas, perak, perkilangan, perkapalan dan seumpamanya. Zakat dikenakan ke atas semua bentuk perniagaan sama ada persendirian, koperasi, perniagaan saham dan lain-2. Zakat perniagaan juga dikenakan ke atas peniaga kecil mahupun besar.
Syarat-syarat asas Wajib Zakat iaitu:
●Islam
●Merdeka
●Sempurna Milik
●Cukup Nisab (Di Selangor, Kadar Nisab ialah bagi 85g Emas)
●Cukup Haul
●Harta itu Memang Telah Diniatkan utk Tujuan Perniagaan bukan untuk Kegunaan Peribadi
●Perniagaan Yg Dijalankan Mestilah Halal di Sisi Syariat Islam.
Kadar Zakat yg perlu dikeluarkan bagi harta perniagaan adalah 2.5% sahaja.
Formula: Keuntungan + Modal Semasa - Hutang kepada orang + Hutang daripada orang lain - Kos Utiliti dan lain-2 X 2.5% = ZAKAT
Terdapat DUA bentuk model bagi mengira Zakat Perniagaan iaitu:
■Kaedah (a): KAEDAH MODEL BERKEMBANG
ZAKAT PERNIAGAAN = EKUITI PEMILIK + LIABILITI JANGKA PANJANG - ASET TETAP - ASET BUKAN SEMASA +/- PELARASAN
■Kaedah (b): KAEDAH MODEL MODAL KERJA
ZAKAT PERNIAGAAN = ASET SEMASA - LIABILITI SEMASA +/- PELARASAN
Hubungi 014-5089938, Cik Ann utk pencerahan lanjut. Terima Kasih ya!
No comments:
Post a Comment