Saturday, 18 June 2016

SUDAHKAH ANDA MEMBAYAR ZAKAT?


Zakat adalah harta yang wajib dikeluarkan apabila telah memenuhi syarat – syarat yang telah ditentukan oleh agama, dan disalurkan kepada orang–orang yang telah ditentukan pula, iaitu lapan golongan yang berhak menerima zakat sebagaimana yang tercantum dalam Al-Qur’an surah At-Taubah ayat 60 :

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yg sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana .”

Di dalam pendapatan kita terdapat 2.5% bersamaan dgn 1/40 bahagian adalah bukan kepunyaan kita, harta itu perlulah di Zakat kan supaya selebihnya harta yg tinggal 97.5% akan lebih suci dan berkat. Baki itulah yg kita boleh belanjakan untuk keperluan diri dan keluarga serta lain-lain keperluan. Kenapa perlu Zakat? Kerana untuk mendapat keberkatan rejeki dari Allah SWT. Berkat bermaksud rejeki yg sikit itu cukup, yg banyak itu boleh di bahagikan dan bagi rejeki yg tidak berkat pula walaupun banyak tak cukup, yg sikit lagi lah tak cukup ibarat air laut yg di minum semakin byk semakin haus.

Dalam Surah Al-Munafiqun Ayat 10 yg bermaksud: "Wahai Tuhanku, alangkah baiknya sekiranya Engkau melambatkan ajalku ke suatu masa sedikit sahaja lagi, supaya aq boleh bersedekah.."
Maknanya, mayat yg di dalam kubur jika diberi peluang utk membuat 1 amalan, dia akan memilih utk bersedekah (Zakat) kerana manfaat pahala bersedekah ini akan membiak dan berganda-ganda.

Satu kebaikan bersedekah, Allah SWT akan membalas dgn 10x ganda kebaikan @ pahala sehingga 700x gandaan dan boleh jadi sehingga berganda-ganda lagi. Jadi ajaibnya sedekah, semakin banyak bersedekah semakin kaya. Bukan papa bukan kedana. Semakin byk kita belanja ke jalan Allah semakin byk Allah gantikan dgn balasan nikmat. Sesungguhnya Allah SWT Lebih Maha Mengetahui.

Hubungi 014-5089938, Pegawai Zakat di Selangor. Tunaikan Kewajipan Anda. Ayuh Berzakatlah.


No comments:

Post a Comment