Zakat hukumnya adalah WAJIB sebagai seorang Muslim. Sebagaimana firman Allah s.w.t...
"Dirikanlah Solat,,,Tunaikanlah Zakat dan Taatlah kpd Rasul supaya kamu diberi Rahmat.." (An-Nur [24]:56)
Sekali lagi Allah meletakkan suruhan berzakat bersama dengan perintah sembahyang. Jadi tidak syak lagi bahawa pensyariatan zakat adalah jelas. Sesiapa yang melaksanakan sembahyang, maka tidak ada alasan untuknya mengelak dari mengeluarkan zakat.
Manfaat Zakat:
(1) Membersihkan jiwa mereka dr sifat kikir, bakhil, kedekut, haloba dan tamak. Membersihkan harta yg kotor krn dlm harta mereka terdapat bahagian hak org lain yg harus dikeluarkan. Memberi Zakat dgn Ikhlas dpt menghindari dari seksa akhirat.
(2) Menghilangkan rasa dengki dan benci kpd org kaya yg tidak memerhatikan penderitaan terhadap org lain. Selain itu, dpt melahirkan rasa Syukur kpd Allah dan meringankan beban hidup serta menanam simpati kpd org lain.
"Zakat adalah sebahagian harta yg dikeluarkan dari jenis harta tertentu,,,dan diberikan kpd golongan2 asnaf mengikut syarat2 yg ditetapkan. Harta itu disebut Zakat krn ia membersihkan org yg mengeluarkannya dari Dosa, membuat hartanya Barakoh, dan bertambah BANYAK..."
Pertanyaan berkenaan CARA NAK BUAT BAYARAN ZAKAT boleh hubungi 014-5089938, cik ANN-LZS.
No comments:
Post a Comment