Saturday, 25 June 2016

Wang Haram vs Zakat (Suci & Berkat)

Takutlah kita apabila membaca firman Allah SWT,, "Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yg lain... Dgn jalan yg batil dan janganlah kamu membawa harta itu kpd hakim,,, supaya kamu memakan sebahagian harta benda org lain dgn dosa padahal kamu mengetahui..."

Wahai sahabtku yg dikasihi Allah SWT.. Pagi ni saya terbaca artikal,,,. Saja nk berkongsi sedikit dgn semua... Topiknya "Wang Haram.."

Dari kitab Sya'bul Imam disebutkan,,, "Barangsiapa yg membeli pakaian dgn harga sepuluh dirham di antaranya adalah wang haram,,, maka Allah SWT tidak akan menerima solatnya selama pakaian itu dikenakan..." (HR Ahmad)

Wang Haram ini dtg dari pelbagai sumber,,, iaitu boleh jadi perjudian, riba' (untung / dividen / interest dari pelaburan atau simpanan di bank konvensional), jual beli barangan yg haram, dan lain-lain.

Beberapa dalil menjelaskan jika menerima wang dari kegiatan haram, hukum penerimanya adalah Halal ke atas pemberian atau hadiah tadi asalkan si penerima tidak terbabit dgn urusan kegiatan haram tersebut.

Antara asas dlm hal ini di sebut dlm Al-Quran yg bermaksud: "Dan tiadalah kejahatan yg diusahakan oleh seseorang melainkan dialah yg menanggung dosanya,,, dan seseorang yg memikul tidak akan memikul dosa orang lain".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Untuk dia sedekah, untuk kita hadiah..." (HR Al Bukhari & Muslim) - Dalil ini menunjukkan kenyataan di mana baginda menerima pemberian wanita Yahudi, walaupum Yahudi terkenal dgn penipuan, riba' dan rasuah tetapi baginda tetap menerima hadiah mrk.

Dlm riwayat Al- Baihaqi, seseorang bertanya Ibn Umar bahawa beliau ada jiran yg memakan riba' atau mempunyai pekerjaan haram, kdg-2 dia jemput makan,,, bolehkah hadir?? Jwb Ibn Umar: "Ya" (Al Sunan al Kubra, bil: 11138)

Hukum Nafkah yg diterima oleh isteri dan anak dari suami yg terlibat dgn aktiviti wang haram,,,apakah mrk blh menerimanya? Jawab Al Sheikh Al Allamah Muhammad Solih ibn Al Uthaimin r.h: "Ambillah nafkah dri bapa kamu... Kamu mendapat kenikmatan,,dia pula mendapat dosa.. Ini krn kamu mendapat nafkah secara berhak. Sekalipum kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu jgnlah kamu gusar...."

Dari Yusuf Al Qadrawi ke mana wang sumber yg haram patut disalurkan:
"Sebenarnya wang tersebut Haram jika nisbah kpd org yg mendapatkan secara tidak Halal,, tetapi ia adalah Halal utk Fakir Miskin, Anak Yatim, Org yg terputus perjalanan,, Institusi-2 kebajikan Islam,, dakwah dan kemasyarakatan..." (Al Fatwa Al Mu'asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).

Maka Fakir Miskin yg memdapat bantuan pihak lain dri sumber yg asalnya Haram mereka Halal menerimanya dan tidak perlu dikembalikan.... Dgn syarat, mereka TIDAK TERLIBAT secara langsung dlm mempromosikan aktiviti Haram tersebut.

Sesungguhnya... Allah SWT Lebih Maha Mengetahui! Jom, Sucikan Jiwa, Bersihkan Harta, Supaya Barakohhh dgn Membayar Zakat! Hubungi 014-5089938 Pegawai Zakat di Selangor utk Warga Selangorian!... Semuge Allah SWT membuka pintu rejeki yg lebih berganda-ganda buat pembayar Zakat... Aamiin~~ 😎

No comments:

Post a Comment