Assalamualaikum...
Assalamualaikum...
Untuk makluman semua, saya ingin berkongsi sedikit info berkenaan dengan Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan dan sebagainya. Sekiranya saudara / saudari di sini mungkin ada yang bekerja di bahagian HR dalam Selangor ini atau mungkin pihak individu yang belum pernah bayar Zakat, boleh atau tidak sekiranya saudara / saudari tinggalkan nama company di mana saudara / saudari bekerja. Tujuannya adalah untuk mengadakan taklimat berkenaan Zakat supaya ilmu Zakat ini dapat dikongsikan bersama-sama. Sedekah (Zakat) ini merupakan satu ibadah yg wajib ditunaikan bagi setiap Muslim apabila cukup syarat-2 tertentu. Kadar nisab di Selangor adalah RM12,680 ini bermaksud sekiranya jumlah pendapatan serta perniagaan saudara / saudari melebihi kadar nisab tersebut sudah di wajibkan membayar Zakat.
Banyak manfaat yg akan kita terima terutama apabila kita perbanyakkan bersedekah. Salah satu daripadanya, mendapat pengecualian daripada Potongan Cukai Berjadual (Income tax) setiap bulan. Sedekah Zakat juga merupakan Rukun Islam yg ke-3. Sedekah ini terbahagi kepada dua. Sedekah Wajib (Zakat) dan sedekah Sunat ( Senyum, Infak, Wakaf dll). Kerana apabila kita meninggal dunia maka akan terputus semua bekalan amalan kecuali 3 perkara iaitu doa anak soleh, ilmu yg bermanfaat dan sedekah amal jariah. Pahala bersedekah inilah yg akan menyusuri kita sehingga ke liang lahat. 1 kebaikan bersedekah, Allah akan menggantikan dgn 10 kebaikan yg lain dan boleh jadi berganda sehingga 700x ganda kebaikan dan berlipat kali ganda lagi kenikmatan yg Allah beri. Pahala sedekah ini akan bermanfaat kepada seseorang yg mengerjakannya. Jadi sudah tentulah akan berasa kerugian seseorang itu sekiranya ketika hayatnya tidak bersedekah. Ayuh Zakat! Sementara masih berpeluang....
Hubungi 014-5089938.....cik Anne, Zakat Officer.
No comments:
Post a Comment